Sunday, 6 October 2013

pernah?

Pernah tak kau rasa sayang sangat kat seseorang

sampai  apa yang dia buat
apa  dia cakap
apa  dia fikir
apa  dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu

sampai kau sanggup maafkan apa juga salah dia
kecil,besar,kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kalau kau pilih
untuk lupakan dia

sampai kau letak dia paling atas
apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar saja kau peduli apa
untuk buang dia,agak mustahil

sampai kau bukan setakat bayangan kan
malah kau doakan
yang di masa depan kau
dia ada

sampai godaan lain
secantik sekacak mana
takkan lebih cantik
takkan lebih kacak
dari dia di mata kau

sampai mampu tertitis airmata kau
kalau dibayang hidup kau
tanpa ada dia
pernah?

aku tak pernah
dan kalau aku pernah merasakan sedemikian
adakah aku dihargai olehnya?

No comments:

Post a Comment