aku tak rindu kau
aku tak fikir tentang kau
aku tak sayang kau
dalam hati aku takde kau
aku nak kau pergi jauh dari hidup aku
aku taknak kau tahu lagi tentang aku
aku taknak kau ambil berat lagi pasal kesihatan aku
sila berambus dari hidup aku
kau buat aku serabut
kau buat aku kalut
kau buat aku celaru
dan kau buat aku patah beribu
aku benci dengan kau
benci sangat sangat
tapi yang nyata aku berbohong
YA ..semua yang di atas itu aku bohong belaka
yang benarnya hati aku saja yang boleh terangkan
aku sangat rindukan kau
aku selalu fikirkan kau
aku terlalu sayangkan kau
dalam hati aku cuma ada kau
aku nak kau sentiasa berada disisi aku
aku nak ceritakan segala tentang aku pada kau
aku nak kau mengambil berat tentang kesihatan aku
tolong jangan pergi dari hidup aku
kau buat aku rasa bahagia
kau buat aku rasa dicintai
kau buat aku senyum selalu
dan yang ini aku tak boleh bohong
kau buat aku patah beribu
patah yang aku akan sambungnya sendiri
aku sayang kau
sayang sangat sangat
aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan
tolong jangan mainkan perasaan aku
aku tak kuat ..
LuvMR.HS
No comments:
Post a Comment