Aku hanya orang biasa
sekelilingiku orang orang biasa
Tapi munculnya Kamu yang luar biasa
membuat aku rsa tak biasa
Kata Kamu lama lama nanti
aku akan terbiasa
adakah aku akan terbiasa dengan Kamu yang luar biasa itu?
Aku mengajak Kamu makan di kedai yang biasa aku makan
Kamu kata tak biasa
Kamu mengajak aku makan di tempat biasa Kamu
aku pula rasa tak selesa
Perlukah aku mengikut Kamu ataupun Kamu yang mengikut aku?
terpulang pada Kamu dan terpulang pada aku
aku tak memaksa dan Kamu tidak mahu dipaksa
tapi bagi aku,aku tak seharusnya mengikut telunjuk Kamu
dan begitu juga Kamu
Aku hanya tunduk pasa yang satu itu
iaitu pada TUHAN yang ESA
aku berharap Kamu juga begitu
kerna aku dan Kamu tetap orang biasa disisiNYA
DAN aku tidak mahu menjadi orang yang luar biasa ..
No comments:
Post a Comment