"Ya Allah!Dah pukul berapa ni
?"Tiba-tiba aku menjerit tersedar dari tidur.Aku meraba-raba mencari
telefon bimbitku.Telefon itu yang menjadi alarm mengejutku setiap pagi.Puas aku
mencari tetapi tidak juga aku temui.Aku tergerak hati untuk mencarinya di bawah
katil.Tekaanku tetap sekali,telefonku berada di bawah katil.Patutlah aku tidak
mendengar telefonku berbunyi tadi.
Inilah akibatnya kalau aku tidur lewat
semalam.Mana taknya semalam aku melayan drama melayu di televisyen sampai lewat
pagi.Sekarang ini kebanyakan rangkaian televisyen beroperasi 24jam tanpa
henti.Menyesal pula aku rasa.Tanpa berlengah lagi aku mencapai tuala dan terus
aku melangkah ke bilik air.Aku mandi ala kadar saja maklumlah sudah lewat.Aku
mencuci muka dan menggosok gigi.Itu yang paling penting bagiku.Memang
kebersihan diri diutamakan tapi dalam kes-kes darurat seperti ini mungkin boleh
dimaafkan lagi.Kataku di dalam hati.
Selesai aku mandi aku menyarung
pakaian kerjaku yang tergantung di dalam almari.Nasib baiklah baju itu aku
sudah gosok malam tadi,kalau tidak haru-biru di buatnya.Tetapi aku lupa pula
hendak menggosok tudung kerjaku.Jadi terpaksalah aku menyarung tudung ekspress
yang tersangkut di balik pintu kamarku.Jam di dinding sudah pun pukul 8.45
pagi.Aku sudah lambat benar ni,bisikku.Terus aku melihat cermin untuk
membetulkan tudung.Aku tak mahulah nanti aku digelakkan orang ramai kerana
memakai tudung yang senget.Aku sempat juga mencalit sedikit lipsgloss di
bibirku yang seksi ini.Hati aku tidak keruan dibuatnya.Macam manalah aku hendak
menjawab dengan bos apabila disoal nanti.Alasan apa yang perlu aku
berikan.Berkerut dahiku mencari idea.
Seingat aku selama 3 tahun aku
berkerja disana tidak pernah sekali pun aku lewat.Dan hari ini dalam kamus
hidup aku,aku lewat.Apalah malang nasibku ini.Disebabkan aku selalu on time sampai di tempat kerja selama
ini,aku menjadi pekerja kesayangan bos.Cik Dahlia nama bos aku.Beliau adalah owner kedai yang aku berkerja sekarang
ini.Sebuah kedai kek yang diberi nama "SWEET DAHLIA BAKERY".Aku
mengambil keputusan untuk bekerja disana disebabkan minat aku yang mendalam
dalam bidang masakan dan bidang pembuatan roti dan kek.Sambil aku menimba ilmu
dan mencari pengalaman,boleh jugalah aku merasa roti dan kek disana secara
percuma.Tersenyum sinis aku.
Aku melangkah keluar dari
kamarku.Sebelum aku keluar mencari rezeki,aku menjenguk adikku di kamar
sebelah.Pintu kamarnya dikuak,rupa-rupanya adikku masih lagi tidur.Aku
mengharapkan dia mengejutkan aku sekiranya aku terlewat bangun tapi dia pun
masih dari berada di alam mimpi.Ikutkan hati hendak saja aku mengejutkan
dia.Disebabkan aku sudah terlambat,hasrat itu aku lupakan saja.Hendak menulis
nota pun tidak sempat.Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan duit
sahaja.Duit itu aku letakkan diatas meja makan.Untuk kegunaannya membeli
sarapan dan lunch nanti.
Aku sudah pun berada di perhentian
bas.Aku melihat sekali lagi jam di tanganku.Jarum pendek di angka sembilan dan
jarum panjang di angka dua.Ini maknanya sudah pukul 9.10 pagi.Aku hanya ada 20
minit saja lagi untuk sampai ke tempat kerja.Memang tidak sempat,kataku di
dalam hati.Tak tentu arah aku dibuatnya.Bas pun tidak kelihatan lagi.Biasalah
jikalau menaiki pengangkutan awam ini mesti kena sabar menunggu.Iman kena kuat
kalau tidak jangan mimpilah untuk menggunakannya.
Aku tiada pilihan lain terpaksa juga
menahan teksi untuk ke tempat kerja.Hendak menunggu bas datang,jawabnya esoklah
aku sampai ke tempat kerja.Teksi ditahan.Aku terus melulu masuk kerana hendak
mengejar masa.Pemandu teksi itu pun terkejut dengan tindakan aku itu tadi.Aku
hanya mampu tersenyum.Pemandu teksi itu menanya kepadaku.
"Nak kemana dik?”
Aku terdiam seketika.
"Jalan Mahkota Jaya,bang."
Sejurus gear kereta di tukar,pemandu teksi
itu terus memecut laju.Kecut perut aku.Takut pun ada.Tapi macam tahu-tahu saja
pemandu teksi ini yang aku sudah lambat ke tempat kerja.Entah-entah pemandu
teksi itu dapat membaca fikiranku ini.Sebab itulah dia memecut laju
teksinya.Bagus juga kata hatiku.
Perjalanan dari perhentian bas ke tempat
kerja mengambil masa selama setengah jam.Setelah tambang dibayar,aku
terkejar-kejar masuk ke dalam kedai.Hendak mengejar masa.Aku terus ke mesin punch card.Jam di mesin itu sudah pun
pukul 9.40pagi.Aku sudah terlewat 10 minit.Nasib baik jugalah Cik Dahlia tidak
sampai lagi kalau tidak mati aku disoal nanti.Aku juga memohon maaf pada rakan
sekerjaku.
Namaku Syafira Amani Binti Radzi.Berusia
21 tahun.Kini tinggal bersama satu-satunya adik perempuanku iaitu Saffiya Amani
Binti Radzi.Berusia 16 tahun dan masih bersekolah.Sedap tak nama kami
berdua?Arwah ayah yang memberi nama kami ini.Secara tiba-tiba aku teringatkan
arwah ayah dan arwah ibu.Mereka sudah 3 tahun meninggalkan kami berdua.Arwah
ayah meninggal disebabkan kemalangan motosikal semasa hendak pulang dari
kerja.Sebulan selepas itu,arwah ibu menyusul ayah pergi.Ibu meninggal dunia
disebabkan terlampau sedih dengan kematian ayah.Aku menerima ketentuan ilahi
ini dengan hati yang terbuka.
Sejak dari itu aku kehilangan tempat
bergantung dan hilang kasih sayang orang tuaku.Dari saat itu jugalah aku
menjadi ketua keluarga.Peristiwa hitam ini banyak mengajar aku erti
tanggungjawab lalu aku bertekad untuk menjaga adikku seorang diri tanpa
pertolongan dari saudara-maraku.Mereka pernah mempelawa kami berdua supaya
tinggal bersama mereka tetapi aku menolak perlawaan mereka itu secara baik
dengan alasan aku tidak mahu menyusahkan mereka.Mereka menghormati keputusan
aku ini.
Tersedar aku dari mengingati kenangan
lalu,aku meneruskan tugasanku.Cepat-cepat airmataku dikesat.Setiap kali aku
mengimbas kisah lalu,setiap kali itu jugalah airmata aku mengalir keluar tanpa
aku sedari.Malu rasanya jikalau rakan-rakanku yang lain melihat aku
menangis.Apa pula kata mereka nanti.Tidak elok rasanya jika aku menangis di
tempat aku mencari rezeki.Lantas aku biarkan saja kesedihan aku berlalu pergi.
Sedang aku leka membuat kerja,aku teringat
yang aku perlu membuat panggilan telefon.Aku berhenti seketika.Aku mendail
nombor Saffiya.Dengan penuh sabar aku menunggu Saffiya menjawab panggilanku.
“Assalamualaikum.”
Aku memberi salam.
“Waalaikumusalam.”
“Ni dah bangun ke belum ni.”
“Orang baru je bangun ni.”
“Amboi!Sedapnya tido sampai tengahari
baru nak bangun.Apalah anak dara sorang.”
“Alah akak ni ..arini kan ari sabtu..apa
salahnya kalau bangun lambatkan.Tak rocklah kalau bangun awal ..hehehe.”Sempat
lagi dia ketawa.
“Banyaklah kau punya rock,dah cepat
bangun.Lepas tu jemur baju nanti tak kering pulak baju tu.Lagi satu akak ada
tinggalkan not rm10 katatas meja makan
tu.Duit tu nanti beli sarapan dengan lunch
sekali tadi akak tak sempat nak masak.Yang paling penting,jangan lupa
tolong kemaskan umah tu sikit dah macam kena rompak akak tengok.”
Saffiya hanya diam tanpa berkata
apa-apa.Tidur balik ke adik aku ni?
“Woi Peah,dengar tak apa yang akak cakap
ni..”sengah aku.
“Orang dengarlah wahai akakku
sayang.Segala perintah tuan puteri akan patik turutkan..”katanya sambil ketawa.
“Bagus-bagus.Oklah ...akak ada keje nak
buat ni.Ingat apa yang akak pesanan tu tadi,jangan nak sambung tido balik.”
“Ye..orang ingatlah.Apa yang akak suruh
buat tadi tu nanti orang buat lah.Akak takyah risau tau..”katanya lalu
mematikan talian.
Aku menyambung semula tugasanku tadi.Di kedai ini terdapat 7 orang
pekerja,termasuk aku.4 orang perempuan 3 orang lelaki.Kesemuanya baik dengan
aku.Di kalangan mereka ada 2 orang manusia yang sekepala dengan aku iaitu Amar
dan Lisa.Mereka berdua inilah yang menjadi kawan baik aku.Pada merekalah aku
berkongsi masalah dan pada merekalah jugalah aku berkongsi kasih.
“Cik kak yang kau tersengih sorang-sorang apesal pulak tu?”Teriak Amar
kepadaku.
“Aku teringat kat kaulah sayang…”sindir
aku.
“Takde maknanya kau nak ingat kat
aku.Ntah-ntah kau teringat kat mamat nasi lemak tu kot.Yelah kan arini kau tak
dapat usha dia sebab kau lambat .Rindulah tu ...”jawab Amar.
Mamat nasi lemak !!Patutlah aku rasa semacam je pagi ni.Aku tak usha
buah hati aku rupanya.Lambat punya pasallah ni,kan dah melepas.Nak tahu tak
kenapa aku memanggilnya mamat nasi lemak?Setiap hari dia akan membeli nasi
lemak Makcik Timah dan disebabkan itulah aku mengelarkannya mamat nasi
lemak.Hari ini aku tak nampak dia dan aku akan pastikan yang esok perkara serupa
ni tak akan berulang lagi.
Gerai nasi lemak Makcik Timah terletaknya hanya di depan Sweet Dahlia
Bakery.Maka dengan itulah aku dapat melihatnya setiap hari.
“Cik Syafira Amani,sila berikan tumpuan
sepenuhnya pada kek anda ye.Dilarang mengelamun.Nanti kek yang kau buat tu tak
menjadi pulak.Sapa yang susah nanti,aku jugak kan..”sindir Lisa.
Aku hanya tersenyum mendengar gurauan Lisa itu tadi.Kek itu aku
memasaknya dengan sepenuh tumpuan.Chocolate
Cheese Cake nama diberi.Aku sungguh pakar membuat kek ini.Dan
tentu-tentunya rasanya sedap sekali.Sejam jugalah masa diperlukan untuk membuat
kek ini.Selepas aku menghias kek itu lalu aku letakkannya di dalam freeze.Kek itu akan diambil petang
nanti.
Selesai aku mengemas segala perkakas yang telah aku gunakan itu tadi.Aku
melangkah keluar dari kedai untuk bertemu Makcik Timah.Aku menyapa Makcik
Timah.
“Hai…Makcik Timah..”
“Fira,kamu rupanya.Buat terkejut makcik
je kamu ni...”
Terus Makcik Timah menyambung
ayat dia tadi.
“Kenapa tak beli nasi lemak arini,puasa
ke?Tadi datang lambatkan,napa lambat pulak?Ni kuar jumpa makcik ni Cik Dahlia
tak marah ke?”Bertalu-talu pertanyaan
dia dah macam wartawan Melodi pulak aku tengok.
Aku menarik nafas yang panjang untuk menjawab segala pertanyaan itu
tadi.
“Saya lewat arini sebabnya bangun lambat
tadi,saya tak puasa arini, nak beli nasi lemak lah ni.Arini Cik Dahlia masuk
keje petang,dia ada urusan sikit.Tu yang saya berani lepak gan makcik ni...”aku
jawab segala soalan itu dengan satu nafas saja.Semput dibuatnya.Makcik Timah
tergelak besar melihat aku.Aku apa lagi ikut gelak samalah.
Makcik Timah menegurku.
“Ish!Anak dara ni kalau dapat gelak tak
ingat dunia.Tu orang dok tengok tu tak malu ke?”Aku baru sedar yang aku berada
di kawasan public area bukannya kat
rumah.Malu aku sendiri.Untuk menutup malu,aku menukar topik.
“Makcik,nasi lemak paru sambal 1..ikan
bilis lebih tau…”sambil aku memegang perutku yang lapar ini.
“Nasi lemak dah abislah Fira,kamu lambat
sangat.”Aku memandang sayu bekas nasi lemak itu.Boleh mati kebulur aku macam
ni.Nak makan apa ni?Kedai makan jauh pula tu,malas aku nak menapak pergi beli
makanan.
“Tengok tu dah muncung dah.Tak dapat
nasi lemak,kuar lah muncung comel dia tu.Apalah anak dara sorang ni.Makanan
lain kan ada,tu roti berlambak kat dalam kedai tu kalau kamu makan satu Cik
Dahlia tak marah punya lah.Dia bukannya perasan pun kan..”pandai-pandai saja
lah Makcik Timah ni.
“Jemulah asyik makan roti je tapi kalau
makan nasi lemak ni ari-ari pun takpe.”
Aku mengambil ikan bilis goreng lalu
disumbat ke mulutku.Salah satu sebab kenapa aku tak pernah jemu makan nasi
lemak ni kerana ikan bilis dia yang rangup,sambal yang sedap dan nasinya yang
sungguh lembut juga harum baunya.Bau daun pandan.Aku suka sangat.Harga pun
sangat berpatutan.Nasi lemak 1Malaysia Makcik Timah.
“Dah simpan balik muncung aku tu.Ni ada
ni nasi lemak paru sambal kamu ni.Makcik ada simpankan tadi.Takut nanti kamu
merajuk pulak dengan makcik sebab tak simpankan untuk kamu.”Nasi itu dihulurkan
ke aku lalu aku mengambilnya dengan hati yang gembira sekal.Dapat juga aku makan
nasi lemak hari ini.
Aku menyeluk poketku mencari-cari
duit.Setelah menjumpai not Rm5 itu aku hulurkan ke Makcik Timah.Bakinya nanti
boleh aku gunakan sebagai tambang balik.
Dengan kehairanan Makcik Timah berkata.
“Duit apa ni?”
“Duit nasi lemaklah duit apa lagi makcik
ni…”
“Tak payah bayar..”
“Aik!Napa tak payar bayar pula ni?Arini
nasi lemak semua free ke?”Aku pula yang hairan.
“Bukan freelah.Nasi lemak aku ni Syakif dah bayarkan tadi.Dialah yang
suruh makcik simpankan nasi lemak ni untuk kamu tadi…”
“Syakif ?Siapa Syakif ?”
Aku bertambah hairan.Aku tertanya-tanya
siapalah Syakif ni,sampai dia sanggup bayarkan nasi lemak untuk aku.Makcik
Timah pun menjawab.
“Mamat yang kamu minat tulah.Yang selalu
kamu curi-curi tengok setiap hari.Mamat yang kamu kata hensem.Ingat tak?”Sambil berborak denganku sambil itu jugalah
Makcik Timah mengemas barang niaganya.Alhamdulilah hari ini semua jualannya
habis terjual.Aku tumpang gembira.Murah sungguh rezeki Makcik Timah hari
ini.Syukur padaMu Ya Allah.
Ligat otak aku memikirkan hal Syakif
ini.Dia kenal aku ke?Ke dia perasan yang aku selalu tengok dia.Aduh!Malunya aku
macam ni.
“Tapi makcik….kenapa dia pulak yang
bayar nasi lemak saya ni?Pelik pulak saya.”
“Pelik apanya.Pagi tadi dia
terintai-intai dalam kedai ni.Makcik tanyalah dia cari sapa?Dia cakap yang dia
cari perempuan bertudung yang berkerja kat sini.Kamu sorang je yang pakai tudung kat sinikan.Makcik cakaplah
yang mungkin kamu lewat arini.Tu yang dia suruh makcik simpankan nasi untuk
kamu tu.Takut abis katanya.Kesian kat kamu nanti tak bersarapan pulak.Baik
Syakif tu kan.Tapikan Fira…makcik rasa yang dia suka kat kamu lah.”Terkedu aku
seketika.
“Taklah makcik….ada-ada saja makcik ni”
“Betul lah Fira.Makcik tahu dia minat
kat kamu.Tengok cara dia pun makcik dah boleh agak dah.Tadi macam-macam dia
tanya kat makcik pasal kamu..”
“Dia tanya apa kat makcik pasal
saya?”Seriau aku dibuatnya.
“Dia tanya nama kamu,tinggal kat
mana,umur berapa,adik beradik berapa orang,pergi keje naik apa,dah lama ke keje
kat sini.Emm …itu je rasanya”.
“Abis tu makcik jawab apa?”
“Makcik jawab apa yang makcik tahu je
lah.Lagi satu dia minta nombor telefon kamu.Tapi makcik cakap tak tahu nombor
kamu,makcik suruh dia minta sendiri kat kamu”. Fuhh….lega aku!!Nasib baik lah
makcik tak bagi nombor aku kat dia.
“Kamu tak tepuk sebelah tanganlah
Fira.Sebab dia pun syok kat kamu juga.Tu sudah bagus tu.Jangan tunggu lama-lama
nanti dia dikebas orang,kamu yang melopong nanti tau…”
Boleh
pula makcik ni buat lawak antarabangsa .Aku dahlah tengah malu ni.Malu tapi
mahu.
“Dahlah Fira,kalau layan kamu ni sampai
esok pun tak abis.Kita jumpa esok je lah.Kamu tu jangan lambat pulak esok kang
terlepas lagi nasi lemak makcik ni.”Sambil tersenyum Makcik Timah berlalu
pergi.
Aku pun masuk ke dalam kedai.Hendak
pekena nasi lemak ni.Patutlah lapar
benar perut aku ni dah tengahari rupanya.Orang lain dah nak lunch tapi aku baru nak sarapan.Apa
boleh buat dah nasib badan.
Hari ini hari minggu.Selalunya hari
minggu dia tidak datang membeli nasi lemak.Mungkin dia breakfast dirumah agaknya lagipun hari ni kan off day dia.Tahu-tahu je aku ni kan. Mestilah aku tahu sebabnya
sudah 3 bulan aku mengkaji tentangnya dari jauh.Pukul berapa dia datang beli
nasi lemak,hari apa dia tak beli nasi lemak,semua aku tahu.Hehehe ….
Tugasan aku hari ni menjaga cashier.Ini kerana budak yang di tugasan
menjaga cashier cuti hari ni.Kami
kekurangan pekerja lalu aku terpaksa mengambil alih tugasannya.Seronok rasanya
sekali sekala dapat pegang duit sebanyak ni.Nak harap pegang duit sendiri
jangan haraplah.Jam pun sudah pukul 4 petang.Ramai sungguh customer hari ini.Tak cukup tangan nak melayannya tapi semua under control.
Untung besar Cik Dahlia hari ini.Semua
roti telah habis dijual.Semuanya disapu bersih oleh customer satu pun tak ditinggalkan.Yang tinggal hanyalah kek.Almaklumlah
roti dan kek disini semuanya enak-enak belaka.Ada roti hotdog,roti bun kaya,bun
kelapa,kaya puff,roti pizza dan banyak lagilah.
Setelah semua customer berlalu pergi,aku mengambil kesempatan untuk melelapkan
mata seketika.Mengantuk pula mata ni.Tak sampai seminit mataku
dipejam,kedengaran loceng kedai berbunyi menandakan ada customer yang masuk.Aku
baru saja hendak berehat seketika ada pula customer
yang datang.Menyumpah aku di dalam hati.Sambil aku membetulkan tudung aku juga
mengelap mukaku.Manalah tahu takut-takut ada air liur basi.Malu aku nanti.Dalam
masa yang sama mata aku terkebil-kebil melihat customer itu tadi.
“Betul ke apa yang aku lihat ni?Tak percaya rasanya.Memang betul itu dia.Mataku tak menipu.Itu memang Syakif”bisikku.
“Betul ke apa yang aku lihat ni?Tak percaya rasanya.Memang betul itu dia.Mataku tak menipu.Itu memang Syakif”bisikku.
“Hai...”Sapa dia.
“Hai..”Terkebil-kebil aku menjawab.
“Bagi saya chocolate cheese cake 1 slice”
“Sebentarnya encik…”
Tanpa berlengah lagi aku mengambil kek
itu lalu diletakkan di dalam kotak yang disediakan.
“Rm 5.50,encik”
Dia memberi not Rm10 kepadaku.Aku
menghulurkan kepadanya baki dan kotak kek itu.
“Terima kasih encik.Sila datang lagi.”Dalam
masa yang sama ringan sungguh mulut aku ini untuk mengucapkan terima kasih
kepadanya kerana membayar nasi lemak aku
semalam.Tapi segan pula.Dengan tiba-tiba mulutku mengeluarkan kata-kata.
“Sebenarnya saya nak ucapkan terima
kasih pada encik sebab dah bayarkan nasi lemak saya semalam.Buat susah-susah encik
je.”Mulut ni memang tak reti nak cover
lah.Dah terlepas cakap pula ni tapi apa salahnya aku cuma ingin ucapkan terima
kasih saja bukannya apapun.Tapi yang aku malunya,aku bercakap dengannya tanpa
aku memandang mukanya.Kurang sopan sungguh aku ni.Aku bukannya apa cuma aku
segan saja waktu itu.
“Sama-sama…”.Jawabnya selamba.
Lantas dia pun berkata lagi.
“Saya Syakif Hadi Hussien.Just call me Syakif.Nice to meet u..”
Terketar-ketar aku manjawab.
“Saya Syafira Amani Radzi.Call me
Fira.Nice to meet u too…”Tersenyum dia melihat aku tergagap memperkenalkan
diri.
“Sedap nama tu.Saya suka..”
Sebelum dia melangkah pergi dia hulurkan
aku sekeping kad.Name card dia.
“Nanti senang-senang call saya tau..”Senyum
dia kepadaku lalu pergi.Aku melompat keriangan seperti beruk mendapat bunga.Aku
ada name card dia,sukanya aku.Dia menyuruh aku menelefon dia kalau ada
kelapangan tapi takkanlah aku yang harus menelefon dia dulu.Malulah aku.Aku
berfikir kembali.Bagaimana dia hendak menelefonku sedangkan dia tidak mempunyai
nombor telefon aku.Nak tak nak terpaksalah aku memulakan dulu.Lisa dan Amar
tersengih melihat gelagatku.
“Untunglah dapat name card buah hati,malam karang bolehlah bergayut sampai pagi
kan..”Lisa memerli aku.
Amar pula menyampuk.
“Bertuah badan dapat pakwe hensem pulak
tu.Tak jemu mata memandang.Fira,kau kena jaga dia elok-elok.Almaklumlah pakwe
hensem ni ramai rebutan,susah sikit nak menjaganya.Lagi-lagi kalau kau ada
kawan macam Lisa ni.Dia ni pantang nampak lelaki dahi licin mulalah nak mengaku
lelaki itu hak dia.Tak fahamlah aku pompuan sorang ni…”Sambil dia memandang ke
arah Lisa.
Dengan pantas Lisa mencubit Amar.Apalagi
menjerit kesakitanlah Si Amar tu.Padan muka.Mulut tu tak reti nak cover kan dah kena sengat.Rasakan.Aku
malas hendak melayan manusia dua orang ni,makin dilayan makin menjadi.Biar
mereka berdua bertikam lidah.Aku ke locked
bersiap-siap untuk pulang ke rumah.
Hari ini aku masak ala kadar saja.Ayam
goreng dan sup sayur.Penat berkerja tadi tak hilang lagi sampai di rumah kena
masak pula.Tapi tidak apa sebabnya memang aku suka memasak.Nasib baiklah
Saffiya tidak cerewat orangnya jadi senang sikit kerjaku.Setengah jam
kemudian,aku selesai memasak.Aku memanggil adikku untuk makan malam bersama.Habis
licin masakanku hari ini.Selera sungguh kami berdua makan malam ini.Sampai
menjilat jari,kata Saffiya.
Saffiya menolong aku mengemas dapur
selepas itu kami berdua menonton televisyen bersama.Niat di hati hendak
menonton berita sukan tapi tidak kesampaian kerana berita sudah habis disiarkan.Sejak
kebelakangan ini aku suka benar untuk mengetahui tentang perkembangan sukan di
tanah air.Selepas kejayaan Harimau Malaya mengangkul pingat emas di AFF Suzuki
Cup tahun lalu dan pasukan Harimau Muda berjaya membawa pulang pingat emas di Sea Game,ianya membuka mata aku yang
Malaysia juga mampu untuk berjaya di persada dunia.Bukan hanya dalam arena bola
sepak malah dalam sukan sepak takraw,hoki,badminton dan banyak lagi.Jika dalam arena
bola sepak kita mempunyai seorang yang handal bernama Safee Salee yang kini beraksi
dalam Liga Indonesia dan diberi tanggungjawab mengalas tugas sebagai kapten
pasukan.Tidak kurang hebatnya Safiq Rahim yang telah mendapat kepercayaan dari
pihak Cardiff City untuk menjalani
latihan bersama pemain-pemainnya selama tiga minggu di luar negara.Itu salah
satu kebanggaan aku.
Walaupun pasukan takraw kebangsaan hanya
mampu membawa pulang pingat gangsa baru-baru ini di Sea Game yang berlangsung
di Indonesia.Mereka yang tewas kepada pasukan Indonesia dan Thailand tetapi itu
sudah cukup buat aku.Sekurang-kurangnya mereka telah bertarung
habis-habisan.Dalam beberapa tahun lagi dengan latihan yang bagus dan
bersungguh-sungguh aku yakin bahawa pasukan takraw kebangsaan ini dapat mengembalikan saat-saat kegemilangan sukan
ini yang sangat hebat suatu masa dahulu.Aku yakin itu.Kita sebagai rakyat
Malaysia harus memberi mereka kepercayaan sepenuhnya dan bukannya mengutuk
apabila kalah,dipuji melambung apabila menang.Jangan bersorak keriangan apabila
menang jika tidak mampu menerima kekalahan.
Jam di dinding sudah menunjukkan
pukul 11 malam.Aku mengejutkan Saffiya
yang sudah terlena di sebelahku untuk ke bilik tidurnya.Setelah televisyen dan
kipas ditutup aku pun ke kamar beraduku.Aku menghempaskan diri ke katil.Sungguh
selesa sekali ku rasa.Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu lalu aku melulu ke handbagku untuk mengambil sesuatu.Aku
mengambil name card Syakif.Aku
membelek-belek kad itu.Haruskah aku yang memulakan dulu?Setelah 10 minit aku
memikirkannya lalu aku mengambil keputusan untuk mengantar saja sms
kepadanya.Tebalkan muka,kuatkan hati.Aku pun mengambil telefon dan menaip.
Salam
..hye awk ..
Aku menekan butang send.Sms aku telah
pun di hantar dengan selamatnya.Aku berdebar-debar untuk menerima sms balasan
dari si dia.Aku menanti dengan penuh sabar.Seminit kemudian telefonku berbunyi
menanda ada sms baru yang masuk.Dengan pantas aku membaca sms itu.
Wasalam…hyeJ…who are u?
Perlu ke aku beritahu siapa aku?Aku
membalas smsnya.
Sy
Syafira yg keje kat “Sweet Dahlia Bakery” tu.Awk ingat lagi tak?
Aku menyoal dia kembali.
Dengan pantas dia membalas.
Awk
rupanya!! Ingat kan sapa tadi.Sure lah sy ingat.Org secantik awk takkan lah sy
lupa.Sekarang ni pun sy teringat kan awk.Hehehe..
Aku terkejut membaca sms dari dia.Dia
pun teringatkan aku.Aduh!!Parah-parah.Memang benar dia pun sukakan aku
nampaknya.
“Nak balas ke tak nak ni…”kataku
sendirian.Segan rasanya.
Napa
awk teringatkan sy pulak ni?tanyaku.
“Saya rindu kat awaklah.Sebab tu la saya
teringatkan awk”kata Syakif sendiri
sambil tersengih.Lalu dia membalas kembali smsku.
Sy
terpikir cmner sy nk hubungi awk klau awk tak hubungi sy dlu.Tup-tup sy dpt sms
dari awk.Senang hati sy.Panjang betul umur awk,baru je disebut-sebut dah munculJ
Keriangan di hati Syakif membalas smsku
itu.
Aku membaca smsnya dengan
tersenyum.Rupa-rupanya dia sedang menunggu panggilan dariku.Tak sia-sialah
usaha aku ni.Maknanya aku ada peluanglah nak berkawan dengan si dia.
Owh..ingatkan
apa tadi.Emm..napa tak tido lg ni?Esk tak keje ke?soalku.
Smsku dibalas dengan cepatnya.Sungguh
pantas dia menaip.Atau pun dia teruja mendapat sms dariku.Mungkin agaknya.
Sy
keje lah esk.Td mmg dh nk tido pun tp tetibe teringat kt seseorang terus je
mata ni tak bleh nk terlelap dh.Hehehe..
Sengaja Syakir menulis begitu.Dia
berharap yang Fira akan menanyakan siapa seseoorang itu?Tetapi hampa,Fira tidak
menanyakan soalan itu.Dia menanyakan hal lain.
Sedap
tak chocolate cheese cake yg awk beli
td tu?Sebenarnya Syafira segan apabila Syakir
berkata begitu.Untuk mentup segannya Syafira nenukar topik.
Dengan penuh kehampaan Syakif membalas.Lain
yang Syakif harap lain pula Syafira
membalasnya.
Sedap
sangat awk.Kt kdai lain takde yg sesedap kek kt kdai awk ni.Kalau awk nk th
chocolate cheese cake ni favourite sy tau.Nanti hari-hari sy beli kat kedai awk
je.
Kembang kempis aku membaca sms
itu.Syakif menyukai kek yang aku buat itu.Aku memberitahu dia perkara yang
sebenar.
Sebenarnya
kek tu sy yg buat.Taklah sedap mana pun.Biasa-biasa je lah.Dengan
bangganya aku membalas.
Patutlah
kek tu sedap.Awk yg msk rupanya.Nnt boleh tak
awk tlg ajarkan sy.Dah lma sy nk blajar sendiri buat kek tu.Tp takde
sapa yg sudi ajarkan.Sudi tak kiranya saudari menjadi cef sy?
Sungguh-sungguh dia hendak belajar dariku.Benarkah dia hendak menuntut
ilmu dariku ataupun dengan cara ini dia ingin merapatkan diri denganku saja?Aku
menjadi tanda tanya.Biarlah cuma dia saja yang ada jawapannya.Tapi yang
pastinya,dia tidak boleh melawan keenakkan kek buatanku ini.
Nnt
sy free,awk pun free.Sy bleh ajarkan.Tp awk kne lah byar sy.Sy kan nk jd cef
awk.Rm50 satu jam.Setuju tak?Aku sengaja menduga
dia.
Ok,Deal!!Nnt
awk set kan date and time.Pastu awk bg th sy.Sy dh tak sbar ni nk jd student
awk ni.Mesti syok kanJ
Aku main-main saja dengan dia tapi dia
serius pula.Padan muka aku.
“Pandai-pandailah kau nak handle,wahai Cik Syafira..”Mati aku.Kataku
sendiri
Tak
pyah byar lah awk,sy main-main je td.Sy tak janji bila sy free tau.Tp dengan 1
syarat?
Apa
syaratnya?Syakif tertanya-tanya.
Senang
je syaratnya.Awk kne jd regular customer kt Sweet Dahlia Bakery dan juga kt
gerai nasi lemak Makcik Timah.Bleh tak?Aku
tergelak membaca smsku sendiri.Sungguh mengambil kesempatan aku ni.Kesempatan
dalam kesempitan seseorang.Tapi aku rasa dia tak keberatan dengan syarat aku
ini.
Bleh
je..no hal punya lah.Bukan ke sy mmg dh jd regular customer kt situ?
Senang saja hendak berunding dengan Syakif
ni.Itu yang aku suka sangat tu.Mata sudah mula mengantuk tapi aku tetap sms dia
lagi.Aku menanya soalan kepada dia.
Emm..btul
lh tu..awk nk tnye sikit?Awk ni keje kt mana?
Dari seminit ke seminit aku menunggu balasan
sms dari Syakif tetapi hampa.
“Mungkin dia dah terlena agaknya lagipun
dah pukul 12 tengah malam ni.Aku pun satu ganggu dia kenapa.Tak perasan pula
dah lewat malam.Tapi bukan selalu pun aku dapat sms orang macam ni
sekali.Seronok berbalas sms dengan dia.Esok nak kacau dia lagilah.”kataku
seorang diri.Mata dipejam dan aku sudah pun berada di alam mimpi.
Suatu pagi yang indah sekali.Aku bersyukur padaMu kerna mengizinkan aku dan adikku peluang
untuk berada di bumiMu ini sekali lagi.Aku memulakan pagi dengan senyuman.Pakar
motivasi pernah berkata jika kita
memulakan setiap pagi kita dengan senyuman,insyaallah sepanjang hari kita akan
ceria tanpa sebarang masalah dan jika tidak sebaliknya akan berlaku.Memang
benar kata-kata mereka.Senyuman juga satu cara untuk kita mengeratkan
silaturahim.Dengan senyuman juga kita akan kekal muda selamanya.Awet muda.Jadi
tambahkan kemanisan dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman.Takut nanti
dapat kencing manis pula.
Sesampainya aku di tempat kerja,aku terus menyarung apron.Banyak kerja sudah menantiku di dapur.Sedang leka aku membuat
kerja,dengan tiba-tiba perutku berbunyi minta diisi.Aku belum sarapan
rupanya.Aku menyuruh rakan sekerjaku yang lain menyambung pekerjaanku.Aku pun
meminta izin dari Cik Dahlia untuk berehat sebentar.
Aku baru saja hendak ke gerai nasi lemak
Makcik Timah.Tiba-tiba Amar menegurku.
“Cik kak,tak payah susah-susah nak cari
sarapan.Kat atas meja tu dah ada dah nasi lemak untuk kau.Cik abang kau dah
belikan.Bertuah sungguh kau kan.Jeles aku tau…”usik Amar.
“Dia belikan untuk aku lagi hari ni..”timbul
pula rasa segan di hatiku.
Terus aku teringat pepatah melayu pernah
berkata …
“Rezeki jangan ditolak,musuh jangan
dicari”..satu perpatah yang memang tetap untukku.Rezeki dari tuhan,aku terima
dengan hati yang ria.Secara tidak langsung ianya akan menjimatkan perbelanjaan
aku untuk hari ini.
Sedang aku bersarapan ..handfone
ku berbunyi menandakan sms masuk.Lalu aku membuka mesej itu,rupanya mesej dari
Syakif.Aku sudah senyum sampai ke telinga mana taknya pagi-pagi lagi dia sudah
menghantar mesej kepadaku.Aku membacanya.
Awk…
nasi lemak tu tanda sy minta maaf sbb tak reply mesej awk smlm.Sori
sangat-sangat,sy dah terlelap lah semlm.Harap awk maafkan syL
Lagi lebarlah senyuman aku.Dia memohon
maaf dariku.Dia tidak perlu membuat sebegitu kerana bukan dia yang salah,aku
yang salah ganggu dia malam-malam.Aku menyusun ayat.
Firstly
sy nk ckp terima kasih bebanyak sebab awk belanja sy lg arini.Klau nk belanja
ari-ari pun sy sudi.Hehehe..dan lagi satu maaf awk diterima !!mesej
dihantar.
Sedap pula nasi lemak hari ni.Nasi lemak
orang yang bayarkan mestilah sedap,hingga menjilat jari.Apatah lagi kalau orang
itu adalah buah hati sendiri.Makin sedap.Setelah selesai aku mengisi perut aku
meneruskan perkerjaanku tadi.Baru semangat membuat kerja apabila perut sudah
kenyang.
Dari isnin bertukar isnin ,dari malam bertukar malam kembali.Tidakku
sangka cepat sungguh masa berlalu.Dan hari ini sudah 6 bulan perkenalan kami.Aku
rasakan perhubungan aku dan Syakif
bertambah akrab.Dia memang seorang lelaki yang baik.Walaupun aku tidak
mempunyai orang tua lagi tetapi dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas
diriku.Dia menjaga aku dan Saffiya dengan baik sekali.Mengambil berat tentang
aku dan Saffiya adalah perlu baginya.Aku sungguh selesa sekali berkawan dengan
dia.Saffiya pun berkata begitu.Suatu hari,Saffiya menanya soalan cepumas
padaku.
“Akak nak tanya sikit boleh tak?Tapi
akak janji dulu jangan marah adik tau !!”Saffiya memulakan bicara.Di dalam
hatiku sudah menyangka yang Saffiya akan menanyakan soalan yang berkaitan
dengan Syakif.
“Apanya tany lah tapi kalau tanya soalan
yang bukan-bukan akak cubit mulut tu,nak tak?”
“Alah akak ni nak cubit orang pulak,sakit
nanti mulut orang ni…sapa nak jawab?Dengan takut-takut Saffiya memulakan
pertanyaannya.
“Akak dengan abang Syakif tu ada apa-apa ke?Lain macam je adik
tengok,mesra sungguh dah macam pasangan kekasih pulak dah.Kalau dia jadi abang
ipar adik,adik tak kesah pun.Best juga tu.Dapat abang ipar hensem,kaya pulak tu.Bertuah sungguh adikkan..”
“Bertuah punya budak ,kesitu pulak dia…”kalau
Syakif jadi kekasih aku syok juga kan.Minta-mintalah masin mulut adik aku
ni.Mengomel aku di dalam hati.Jika dia sudah ditakdirkan untukku,aku terima dia
seadanya dan aku berharap Syakif pun dapat menerima aku seadanya juga.
Aku hanya orang biasa yang tidak mempunyai orang tua apatah lagi harta
yang menggunung.Kadang-kadang aku rasakan yang aku ini tidak sesuai berkawan
dengan Syakif masakkan pulak hendak menjadi buah hatinya.Jauh panggang dari
api.Aku di ibaratkan pipit dan dia adalah enggangnya.
Aku sering juga menjadi bahan umpatan jiran di sekelilingiku.Mereka
mengata yang aku ni hanya inginkan harta Syakif
saja.Kaki kikis harta anak orang kaya.Pernah juga terdetik di hatiku
untuk memutuskan hubungan aku dengan Syakif.Demi untuk menutup mulut
mereka.Bila aku fikir-fikirkan kembali tidak ada gunanya jika aku berbuat
demikian, aku amat sayang perhubungan aku ini.Susah aku hendak mencari kawan
sebaik Syakif sekarang ini.Dunia sekarang hanya memikirkan kekayaan yang boleh
membawa kebahagian.Duit boleh membeli segalanya.Termasuk juga kasih
sayang.Tidak bagi aku..kesenangan dan kekayaan hanyalah dipinjamkan kepada kita
sahaja.Jika yang Di Atas ingin mengambilnya,bila-bila masa saja.
Hari yang dijanjikan pun tiba.Syakif
berjanji hendak membawaku berjalan-jalan di KL hari ini.Ikutkan hati
mahu saja aku berehat di rumah.Melepaskan kepenatan setelah 6 hari
berkerja.Tapi tidak sampai hati aku hendak membuat Syakif begitu.Dengan hati yang berat aku setuju
keluar bersama Syakif.
Syakif menghantar mesej kepadaku …
Awk
dah siap ke??Sy dah kat bawah rumah awk ni.Sy tggu awk kt dlm kereta je.Dengan
pantas aku membalas.
Sy
dah siap ni.Tengah pakai kasut.Bagi sy 5 minit..ok ?Dia
membalas kembali.
Wokey,boss!!
Tidak sampai 5 minit aku telah pun
berada di dalam perut kereta Toyota Vios milik Syakif.Kereta idamanku.
“Sorry
awak..saya lambat”
“Its
okay awak…kalau awak seribu tahun pun saya sanggup tunggu.”Tersenyum dia
menampakkan giginya yang putih bersih itu.Suka aku melihatnya.
“Kita nak ke mana,awak cakap je ..arini
awak jadi mem,sy jd drebar…cakap je nak ke mana ..insyaallah
ditunaikan..”Syakif membuat perjanjian dengan aku.Aku pula yang segan bila dia
berkata begitu.Tapi peluang baik jangan ditolak.Dengan rasa segan yang menebal
aku berkata …
“Emm ..saya pun bukannya tahu nak ke
mana.Saya ikut awaklah,alang-alang awak dah jadi drebar saya ..apa kata awak jadi tour guide saya sekali ..boleh kan?”Aku pun hairan macam mana pula
mulut ni boleh cakap macam tu pula.Kan dah malu sendiri.Tapi di hati menunggu
jawapan Syakif.
“Boleh je la awak ..kalau minta saya
bawa awak ke bulan pun saya sanggup tau ..tapi tak bolehlah nak naik kereta ni
..kena tunggu saya tempah roketlah dulu ..boleh tak?”kata Syakif sambil
berjenaka.Sempat lagi aku mencubit lengannya.Main-mainkan aku pula.Padan muka
kan dah kena cubitan berbisa aku.Berkerut dahi dia menahan kesakitan,kesian
pula aku melihanya.Aku tersenyum kepadanya.
Dengan dahi yang berkerut menahan
kesakitan,boleh lagi dia mengenyitkan mata kepadaku.Terkejut beruk aku dibuatnya.Apesal lah mamat ni kenyit-kenyit mata
kat aku pula ni.Dia sakit mata ke?Takpun aku tengok,elok je mata dia aku
tengok.Emm biarkan lah dia tu ..memang mata dia macam tu kot tak reti duduk
diam punya mata..ada je aktiviti dia…kataku di dalam hati.
Syakif memulakan perjalanan
membawaku round-round KL.Sepanjang perjalanan tak kering gusi aku dibuatnya.Ada
je lawak dia nak buat aku gelak.Tapi aku suka sekurang-kurangnya tidaklah aku
mati kutu.Lagi pun aku memang suka lelaki yang boleh buat aku ketawa setiap
masa.
“Kita gi KLCC je lah ..nak tak?
“Emm cadangan yang bagus tu ..tunggu apa
lagi pak drebar,jalankan lah tugasan
anda untuk membawa saya ke destinasi tu..tak sabar rasanya ni.”Senyum aku
menujukan baris gigiku yang putih ini.
“Ok mem
..saya yang menurut perintah”
Dalam sepanjang perjalanan aku berasa happy sekali,bahagia sungguh aku.Dia
memang lelaki yang baik.Aku sungguh bertuah kerana dapat mengenali dia.Walaupun
dia seorang yang berada tapi dia tidak kekok bersama aku.Kelakuan dia tidak
menggambarkan yang dia dari keluarga yang kaya.Dia tidak kesah jika aku
mengajaknya makan di warung tepi jalan,tidak kesah jika aku menyuruhnya
temankan aku ke pasar.Bagi dia manusia semuanya sama disisiNYA.Dia paling
pantang jika aku merendah diri.Katanya jangan merendah diri sangat sebabnya
orang akan senang untuk menjatuhkan kita.Sedang aku melayan perasaan tiba-tiba
Syakif bersuara …
“Awak ..”
“Yup …napa?”..tanya aku.
“Awak cantik sangatlah arini …suka saya
tengok”
“Thanks
awak ..tapi saya takde duit syilinglah ..”sambil aku meraba-raba di dalam handbag ku.
“Napa pula dengan duit syiling?”tertanya-tanya
Syakif .
“Yelah ..awak dah puji saya ..so saya nak bagi upahlah”
“Hahahahahahaha …ingatkan apa tadi,lawaklah
awak ni”
Aku pun turut tergelak sekali.Bahagiakan
kami berdua.
Setengah jam kemudian kami telah pun berada di dalam KLCC.Ramai sungguh
orang hari ini.Almaklumlah hujung minggu,kebanyakan orang tidak bekerja hari
ini.Kami berjalan-jalan sambil melihat barangan yang dijual di situ.
“Awak..kita tengok wayang nak
tak?”Syakif menyoalku tiba-tiba.
“Tengok wayang?Boleh je..tapi nak tengok
movie aper?Ombak Rindu boleh tak?”aku membuat muka comel untuk memujuk Syakif
setuju dengan cadanganku itu.
Tidak semena-mena Syakif mencubit pipiku.Lalu
berkata..
“Memang pun saya nak ajak awak tengok
Ombak Rindu lah,saya tahu yang awak tak tengok lagikan.Dan satu lagi awak memang
minat gilakan dengan cerita tu.Lagi-lagi hero
cerita ni Aaron Aziz memang awak suka sangatlah kan”
Aku ketawa kecil mendengar Syakif berkata begitu.Tahu-tahu je mamat
sorang ni.Padahal aku tak pernah pun beritahu dia semua ni.Macam mana dia boleh
tahu ni.Aku cuba meneka tetapi aku tiada jawapannya.Mungkin dia selalu
perhatikan gelagat aku kot.Dari situ dia boleh membaca segalanya.Aku melangkah
ke kaunter untuk membeli tiket.Tetapi Syakif
tidak menuruti aku.Aku pun pergi kepadanya kembali.
“Awak ..jomlah kita beli tiket.Nak
tunggu apa lagi kat situ”Aku menarik tangannya.
“Tak payah beli tiket.”Kata Syakif.
“Napa pulak.”Aku kehairanan.Biar betul
mamat ni.
Syakif menyeluk poketnya dan
mengeluarkan sesuatu.
“Sebabnya saya dah pun beli tiket ni
awal-awal.Kemarin saya dah booking.Khas
untuk awak tau.Tak payah kita penat-penat beratur nantikan.”Syakif pula yang menarik tangan aku menuju ke bilik
wayang.Aku tersenyum lebar mendengar Syakif berkata begitu.Dia memang sangat
istimewa buat aku.
Di dalam bilik wayang penuh dengan
orang.Cerita tengah meletup sekarang ini mestilah ramai orang yang hendak
menontonnya.Aku pun tidak melepaskan peluang itu juga.Sedang syok aku menonton,masuk scene sedih.Aku ni dahlah cepat sangat touching,karang tak pasal-pasal aku
menangis pulak kat sini.Memang betul pun aku menangis.Terpaksalah aku cover line,aku tak nak Syakif melihatkun
menangis hanya disebabkan menonton Ombak Rindu ni.Malu aku nanti.Aku mengelap
airmata aku yang mengalir itu.Tabahkan hati Syafira…kataku di dalam hati.
Selepas 2 jam Ombak Rindu pun
tamat.Diluar panggung wayang Syakif menanyaku.
“Bestkan cite tu tadi.Tadi saya nampak
awak nangis..betul kan?”Syakif memerliku.
Alamak!!Dia nampak aku menangis ke
tadi.Malunya aku.
“Mana ada saya nangislah.”Aku buat tak
tahu.
“Yeke?Awak tak nangis tadi?”Syakif
megelakkan aku.
Aku menarik muka masam.Bukan disebabkan
aku marahkan dia tapi disebabkan aku malu dengan dia.Nak letak muka kat mana
pun dah tak tahu ni.
“Merajuk pulak orang tu.Saya tak pandai
nak pujuklah.Ok..ok…saya minta maaf
ye…jom saya belanja awak MacD,nak
tak?”Syakif memujukku.
Aku diam tanpa menjawab soalannya
tadi.Malu punya pasal lah ni tapi dalam hati dah tersenyum sebenarnya.Tersenyum
kerana Syakif memujukku dengan MacD.So sweet.
“Dengar tak apa yang saya cakap ni,nak
ke tak nak ni?”Syakif memandangku.
“Dengan pantas aku menjawab..
“Naklah,rezeki jangan ditolak…”Aku
melangkah pergi,meninggalkan Syakif dibelakangku.Cepat-cepat Syakif
mengejar.Suka aku dapat kenakan dia tadi.Selesai kami makan,Syakif mengajakku
temankan dia.Hendak beli baju kerja katanya.
Syakif
membawaku ke Butik John Master.Dia
terus ke bahagian baju kemeja.Dia membelek-belek baju disitu.Lama jugalah aku
menunggu dia.Dia tunjukkan aku 3 helai baju.Dia menyuruh aku memilih
untuknya.Ada warna biru,krim,dark
brown.Aku berkenan dengan warna biru dan dark brown.Lantas dia mengambil
2 helai baju itu dan membawanya ke kaunter untuk dibayar.Sungguh terkejut aku melihat
harga baju tu.Sehelai berharga Rm129.90 mahal sungguh.Tak termampu aku.Tapi
tidak baginya.Anak orang kaya mestilah tiada masalah baginya.
Setelah keluar dari membeli baju kerja
Syakif,kami berjalan-jalan lagi.Aku mengajak Syakif masuk ke dalam Butik EVERLAST.Niat di hati hendak
melihat flat shoes di situ.Mana tahu
berkenan di hati boleh lah aku membelinya.Mataku tertumpu pada sepasang kasut
ni.Berkenan rasanya.Kasut itu berwarna pink dan putih.Simple saja kasut itu.Aku suka sangat melihatnya.Aku pun
membelek-belek kasut itu mencari harganya.Melopong mulut aku melihat
harganya,cepat-cepat aku menutup mulutku dengan tangan.Malu rasanya kalau
Syakif melihat gelagat aku ni.Dengan hati yang berbelah bagi,aku meletak
kembali kasut itu di tempatnya.Syakif
yang sentiasa di sisiku sedari tadi bersuara …
“Aik …napa letak balik?Tadi saya tengok
bukan main berkenan lagi awak dengan kasut tu,senyum sorang-sorang lagi
tu.Kalau dah suka tu beli je lah.Karang menyesal pulak.”
Senang
je mamat ni cakap..suruh aku beli je kasut ni.Kalau dia tolong bayarkan
takpelah pulak.Aku tak mampulah.Mana taknya untuk sepasang kasut yang hanya dipakai
di kaki berharga Rm99.90.Kalau aku beli juga maknanya selama 2 minggu aku
terpaksalah mengikat perut tak bolehlah aku nak makan nasi lemak sambal paru
Makcik Timah lagi jawabnya.Lupakan jelah wahai cik Syafira.Kau memang tak mampu
nak pakai kasut semahal tu…aku mengomel di dalam hati sambil kaki ini melangkah
longlai meninggalkan kedai itu.
“Fira”..Syakif memanggilku.
Aku berhenti melangkah dan berehat
sebentar di tepi menunggu Syakif.
“Kenapa pulak awak ni?Kenapa tak beli
kasut tu tadi?Comellah kasut tu sesuai sangat gan awak yang cute ni.”Syakif berdiri disebelahku.Turun
naik nafasnya mengejarku tadi.Kesian pulak aku tengok.Syakif memandang aku dan
menunggu aku bersuara.Aku pula boleh buat tak tahu je.Ralat pulak hati ni sebab
tak dapat apa yang di hajati.Sambil menahan sedih di hati aku pun mengeluarkan
kata-kataku….
“Kasut tu memang comel,saya pun suka
betul dengan kasut tu…emm takpelah awak lain kali lah saya beli.Awak ..jom kita
jalan-jalan kat taman kat luar tu..nak tak?”Aku menukar topik.Segan aku nak
cakap yang aku tak cukup duit sebenarnya. Syakif menyoalku lagi.
“Awak pakai kasut size berapa?”
“Size 6,kenapa awak tanya ni”.
“Takde apalah,saya saja je nak tahu.Tak
boleh ke?”tanya Syakif. Aku hanya mampu tersenyum kelat dan terpaksa melupakan
hasrat di hati.Kami berjalan menuju ke taman.
Aku dan Syakif berjalan-jalan di Taman
KLCC.Sedap je mata memandang kehijauan pokok-pokok yang ada di taman
tu.Sesekali nyaman rasanya menghirup udara segar di tengah-tengah kotaraya.Tak
sangka aku besar juga taman disini.Penat rasa kaki ni.Syakif mengajak aku
berehat sebentar di pondok yang telah disediakan disitu.Aku menurut
katanya.Lega rasanya dapat merehatkan kaki setelah penat berjalan.
“Fira,awak penat ke?’
“Penat jugalah tapi best”…Aku mengangkat
ibu jari kananku sebagai tanda best keluar bersamanya.
“Lepas ni kita nak kemana pulak ye..mem…”
“Mem
rasa kita balik je lah.Hari pun dah nak malam ni.Lagipun kesian kat adik mem tinggal sorang-sorang kat rumah…”Aku
meniru gaya sebagai seorang mem besar yang berkata kepada pemandunya.
“Saya yang menurut perintah …angguk
Syakif tanda faham dan sempat lagi dia
gelakkan gaya aku itu tadi.Merah padam muka aku menahan malu.Setelah puas
Syakif gelakkan aku,tiba-tiba mukanya kembali serius.Aku pun terkejut.Aku
berhenti ketawa.Dengan muka yang serius Syakif pun membuka mulut.
“Fira,saya ada benda nak cakap dengan
awak ni…?”
“Apa bendanya yang serius sangat ni”
“Saya sebenarnya…….Saya sebenarnya…..
sebenarnya…..”
Apa kenalah dengan dia ni.Tak
pernah-pernah aku tengok dia gagap ni.Hari ni boleh pulak dia gagap.Aku pun
cuak ni.Aku tak dapat nak mengagak ayat dia itu.
“Saya sebenarnya apa?”aku meninggikan
suaraku.
Dengan terperanjatnya Syakif menjawab….
“Saya sebenarnya nak awak jadi
girlfriend saya…awak sudi tak?”
Terkedu aku mendengar pengakuan Syakif
sebentar tadi.Betul ke apa yang aku dengar ni…ataupun aku hanya sekadar
bermimpi di siang hari ni?Aku terdiam seribu bahasa.tak Mulutku terkunci.Aku
menundukkan mukaku.
Syakif di depanku menunggu jawapanku
dengan sabar sekali.Gelisah aku melihat dia menanti kata setuju dariku.Ternyata
Syakif ikhlas berkata begitu kepadaku
tadi.
“Awak setuju tak ni?”Syakif menyoalku
sekali lagi.
Aku masih lagi mengelamun memikirkan jawapan bagi soalannya itu.Aku
memang setuju untuk girlfriendnya.Tapi
aku malu nak berterus-terang.Tu yang aku terkedu tanpa suara.Tanpa rasa
mengalah Syakif menyoalku buat kali ketiga.
“Cik Syafira Amani Radzi,sudikah awak
menjadi kekasih hati saya?”Aku hanya mampu tersenyum dan membetulkan kedudukan
ku.Tak tenteram aku dibuatnya.Aku melihat keadaan sekelilingku.Tengok-tengok
jikalau anda orang memerhatikan kami.Tanpa melengahkan masa lantas aku
tersenyum kepadanya.
“Orang tua-tua kata kalau senyum-senyum
ni tandanya setuju.Betul tak?Tapi saya nak dengar sendiri dari mulut awak yang
awak setuju nak jadi girlfriend
saya.Baru saya puas hati”
Serba salah aku lantas aku menjawab …
“Yup …saya setuju jadi girlfriend awak.Tapi
awak jangan sesekali sia-siakan saya…!”
“Insyaallah saya janji yang saya tak akan sesekali sia-siakan awak.Saya
akan jaga awak sedaya upaya saya.Saya nak awak jadi satu-satunya di hati saya
selamanya.Tu janji saya kat awak dan terima kasih sebab sudi menerima saya ..”
Aku sungguh terharu mendengar katanya itu.Nak menangis rasanya.Seumur
hidup aku tak pernah aku mendengar orang berjanji sebegini rupa untuk
menyayangiku.Aku bertuah sekali.
“Sama-sama awak …Saya pun nak berterima kasih banyak-banyak kat aku.Awak
dah banyak menolong saya dan Saffiya selama perkenalan kita ni.Mengambil berat
tentang kami berdua.”Kataku berterima kasih kepadanya.Sebak aku mengenang
segala-galanya.Tanpa aku sedari,aku mengalirkan airmata.Syakif bangun dari tempat duduknya lalu mengambil
posisi di sebelahku.Syakif mengesat airmataku dengan tangannya.Dia juga
memegang kedua-dua tanganku dan berkata ….
“Awak jangan menangis…Selagi saya berada disisi awak,berada dihati awak…
Saya tak nak sekali pun melihat awak mengalirkan airmata.Saya tak izinkan awak
menangis.Saya berjanji tak akan buat awak sakit hati.Saya akan setia menjadi
kekasih awak selagi diizinkan olehNYA.Awak pun kena setia dengan saya.Awak pun
kena jaga hati saya.Kita sama-sama menjaga hubungan ni.Saya nak awak berada
disamping saya selamamnya.Saya nak awak bukan sekadar menjadi kekasih hati saya
tetapi menjadi suri dalam hidup saya.Menjadi suri dalam hidup saya dan menjadi
ibu kepada anak-anak saya nanti.Saya yakin yang awak diutuskan olehNYa untuk
saya.Hanya ajalNYA saja yang dapat pisahkan kita.Saya akan membawa cinta awak
sampai ke syurga.Saya ikhlas menerima awak seadanya dan awak pun kena ikhlas
menerima saya seadanya.”
Mendengar dia berkata begitu,lagilah aku mengalirkan airmata.Aku sungguh
terharu kerana dia ikhlas menerima aku seadanya.Aku mengesat airmataku dan
tersenyum kepadanya.Aku kena juga bersuara.
“Saya terharu sangat-sangat awak dapat terima saya seadanya.Saya juga
yakin yang awak utusanNYA buat saya.Utusan yang tetap buat saya.Tanpa ragu-ragu
saya menerima awak.Insyaallah jika hubungan kita berdua ni mendapat keredhaan
dariNYa,kita akan kekal selamaya seperti mana yang telah ditetapkan sejak azali
lagi.Saya nak awak tahu yang saya bukan mengejar harta awak.Saya ikhlas
mencintai awak kerana MAHA ESA.Bukannya harta dunia.Bagi saya kebahagian tidak
boleh dijual beli.Cinta saya cuma satu…hanya untuk awak.”Aku pun tak tahu macam
mana aku boleh berkata begitu.Kata-kata itu tulus dari hatiku.Seikhlas hati aku
berkata sedemikian.
Kami berdua diam seketika. Membuang rasa sedu dihati jauh-jauh.Syakif
mencari sesuatu di dalam poket seluarnya.Dia mengeluarkan kotak kecil berwarna
merah.Aku tak tahu apa isi di dalamnya.Syakif membetulkan kedudukan dan membuka
kotak itu.Sungguh terkejut aku melihat sebentuk cincin yang berada
didalamnya.Syakif mengambil cincin itu dan berkata kepadaku…..
“Cincin ni sebenarnya saya dah beli lama
dah cuma saya tak berani nak bagi kat awak. Sekarang ni saya dah berani dan
saya rasa waktunya sesuai sekali untuk saya menyarung cincin ni di jari manis
awak tu.Izinkan saya?”Dia meminta izin dariku.
Aku menghulurkan tangan kananku
kepadanya.Dengan lembut dia menyarungkan cincin itu ke jari manisku.Memang
padan cincin tu untuk aku.Muat-muat di jari aku.Cantik sekali cinicin tu.Mesti
mahal harganya.
“Macam mana awak tahu size jari saya
ni?”aku berkatanya kepadanya sambil membetulkan cincin itu.
“Saya agak-agak je….nasib muat-muat di
jari awak.Saya cakap kalau cincin ni muat dijari awak,memang awak untuk
saya.Dan ternyatanya awak untuk saya.Selamanya untuk saya.”
Syakif mencubit pipiku.Cincin itu tersarung dijariku dan dengan rasminya
aku menjadi buah hati Syakif.Cincin ini sebagai tanda adanya hubungan antara
kami berdua.Aku gembira melihat jari aku yang tersarung cincin.Syakif tersenyum lebar.Aku dapat rasakan yang hari
ini merupakan hari bahagia buat Syakif dan buat aku sekali.Syukur YA ALLAH…KAU
telah ciptaan dia untuk aku dan aku tercipta untuknya.Semoga KAU izinkan kami
bersama selamanya.
Aku tiba di rumah tetap azan maghrib berkumandang.Syakif menghantar aku.Aku
berehat sebentar di sofa melepaskan lelah.Aku melihat cincin yang tersarung di
jariku.Cincin ni cantik sangat.Cincin yang sangat simple hanya mempunyai sebutir berlian kecil diatasnya.Aku akan
menjaga cincin ni sebagai mana aku menjaga hubungan aku dengan Syakif.Saffiya
hanya tersenyum melihat gelagatku.Dia tidak perasan dari tentang cincin
dijariku ni.Aku sengaja menyorok darinya.Akan aku ceritakan segalanya malam
nanti.
Selepas makan malam,aku terus mengosok baju kerjaku.Saffiya tekun
membaca buku.Selesai segala tugas,aku menonton televisyen.Tetapi fikiranku
melayang entah kemana.Fikiran aku mengingati peristiwa manis yang berlaku
petang tadi.Jiwang juga Syakif tu kan.Siap bagi cincin pulak tu.Senyum aku
sampai ke telinga.Tiba-tiba Saffiya menegurku.
“Hai kak ..senyum sorang-sorang nampak.Dah macam orang gila dah adik tengok.Taknak
share cerita best tu dengan adik
ke?Adik pun nak tahu juga.Dia memberikan sepenuh perhatian kepadaku.
“Sebenarnya petang tadi abang Syakif dah
melamar akak.”Dengan tak sabarnya Saffiya memotong ayat aku.Gelojoh betullah
budak ni.
“Apa?Abang Syakif melamar akak jadi
isteri dia ke?Bestnya akak.Akak terima ke tak?Banyak betullah soalan dia ni.Aku
belum habis cakap lagi,dia dah menyampuk.
“Ishh!!Budak bertuah ni…tunggu akak abis
cakap dulu,boleh tak?Akak tarik hidung tu nanti kang ,baru padan muka
adik.”Saffiya mencebikkan mulutnya tanda dia merajuk denganku.Aku buat tak nampak.
“Nak dengar tak ni?Petang tadi kat Taman
KLCC,abang Syakif nak akak jadi
girlfriend dia.”
“Akak terima tak ni?”Saffiya menyoalku
kembali.
“Mestilah akak terima…tengok cincin ni
abang Syakif yang bagi.Cincin ni tandanya akak terima abang Syakif jadi boyfriend akak.Cantik tak?Jangan jeles tau!!....Aku menunjuk cincin itu
pada Saffiya.
Saffiya bersorak gembira.Dia tumpang
gembira.Dia membelek cincin dijariku.
“Akak cantiklah cincin ni…adik pun nak
satu.Boleh tak?”Bergurau Saffiya denganku.Saffiya menyambung kembali ayatnya.
“Adik gembira tengok akak gembira.Abang
Syakif tu memang jodoh untuk akak.Adik yakin sekali.Adik doakan akak bahagia
selamanya.Beruntung akak dapat Abang Syakif.Cepat-cepat kawin tau…adik dah tak
sabar nak makan nasi minyak akak ni.”Serius sungguh dia.Akak mengaminkan segala
doa adikku tadi.Aku mencium dahi Saffiya.Aku sangat sayang akan adik aku ni
kerana dialah harta yang aku ada sekarang ni.Tak boleh ditukar ganti dengan
yang lain.Takkan sesekali.
Sedang kami rancak berbual handfon aku berbunyi.Pesanan baru
diterima.Pesanan itu dari Syakif
rupanya.Saffiya sibuk hendak melihat pesanan dari Syakif itu tadi.Aku tak bagi dia melihatnya.Aku
menyuruhnya ke kamar untuk beradu kerana jam sudah pun pukul 10.30 malam,esok
hendak bangun awal untuk ke sekolah.Dengan muka yang masam mencuka,dia menurut
kata-kataku.Aku menutup televisyen dan kipas di ruang tamu.Kami pun masuk ke
dalam kamar beraduku.Aku menghempaskan badan ke atas katil lantas aku membaca
pesanan dari Syakif itu tadi.
Salam…hye
syg..dah tido belum ni?Dia memanggil aku
sayang.Aku malu tapi aku suka.Aku membalas pesanannya itu.
Wasalam
..hye awak.Sy tak tido lg.Sekejap lg sy tido lah.Aku
menekan butang send.Dengan pantasnya dia membalas.
Jangan
tido lmbat sgt tau.Emm..terima kasih syg sbb sudi terima sy.Insyallah sy akan
menjadi yang terbaik untuk awkJ
Aku membaca pesanannya dengan hati yang
berbunga-bunga.Aku turut membalasnya.
Kasih
awk diterima.Jika awk untuk sy takde benda yg dpt menghalangnya.Insyallah sy
juga akn menjadi yang terbaik utk awkJ
Syakif membalas.
Sama-samalah
kita doakan,semoga jodoh kita kekal selamanya.Amin…Oklah syg…sy dah mengantuk
sgt ni.Esk kita jumpa tau.Awk pun tido juga ye.Dh lewat sgt ni.Nite…sweet
dream…Luv uJ
Aku pun dah tak larat juga.Penat tadi
pun tak hilanh lagi.Dengan pantas aku membalas.
Amin….ok
..esk pagi kita jumpa.Nite awk…Luv uJ
Lalu aku pun terlelap sampai ke pagi.
Sesampainya aku di tempat kerja,Syakif sudah pun menungguku.Dari jauh
aku melihat Syakif terrsenyum.Aku
menghampiri dia.
“Assalamualaikum…Selamat pagi
cinta.”Sapa Syakif.
“Waalaikumusalam,selamat pagi.”Aku
membalas.
Syakif memberi aku nasi lemak.Aku
menyambutnya dengan segan sekali.
“Terima kasih..belanja saya nasi lemak
ni.Buat susah awak je”.Aku sebenarnya malu terhadap Syakif. Sebabnya setiap
hari dia akan membelikanku nasi lemak.
“Tak susah pun lah.Mulai hari ni saya
belanja awak nasi lemak ni tau.Aku kena terima juga.Kalau awak tak terima,saya
nak merajuk dengan awak.Biar awak pulak yang pujuk saya nanti.”Serius muka
Syakif berkata kepadaku.
“Yelah ..saya ikut je.Tapi awak jangan
nak mengadu dengan Makcik Timah pula yang saya paksa awak belikan nasi lemak
untuk saya hari-hari.Malu saya nanti tau.”
“Ok..saya zip mulut saya ni.”
Balas Syakif dengan senyuman yang manis sekali.Berikan
kebahagian kepada kami berdua YA ALLAH.Aku baru perasan yang dia memakai baju
baru hari ini.Dia memakai baju berwarna biru.Sesuai sekali warna itu untuk
Syakif.Segak sungguh dia.Kataku di dalam hati.Tiba-tiba dia menghulurkan satu
bungkusan kepadaku.Teragak-agak aku mengambilnya.
“Apa ni ..awak?”
“Hadiah ni khas untuk awak …ikhlas dari
saya”
Aku pun membuka bungkusan itu.Terkejut aku apabila melihat didalam kotak
itu ada sepasang kasut.Kasut yang amat aku minati.Sepasang flat shoes berwarna pink.Aku memandang Syakif dengan seribu tanda
tanya.
“Ni kasut yang awak berkenan semalam tu
kan.Semalam lepas saya hantar awak balik,saya datang balik kat kedai tu.Saya
belikan untuk awak.Saya harap awak sudi menerimanya.”Patutlah semalam dia
menanya size kasut aku,rupanya dia hendak belikan aku kasut ni.
“Awak ni buat saya malu dengan awak jelah.Mahal
kasut ni.Habis duit awak nanti”Aku tak jadi perempuan kaki kikis.
“It
okay sayang…tak mahal mana pun jika dibandingkan dengan kesudian awak
menerima saya.Asalkan saya dapat buat awak bahagia.Awak takyah lah malu dengan
saya,bukan orang lain pun buah hati awak juga yang belikan…betul tak?”
“Emm…ok saya terima hadiah awak ni tapi
lain kali awak tak payah lah belikan saya hadiah mahal-mahal lagi.Nanti apa
pulak orang cakap”Aku tak nak orang menuduh yang aku ni berkawan dengan Syakif hanya kerana dia anak orang kaya.Tidak
terlintas pun difikiran ku ini.
“Tu saya tak janjilah”Syakif berseloroh denganku.
Aku membulatkan mataku mendengar jawapan Syakif tu.Boleh pulak dia main-main.Aku tak tahu nak
cakap apa lagi.Dia cakap senanglah sebab dia tu anak orang kaya.Lagipun
sekarang ni dia bekerja di company
ayahnya.Kalau nak kerja main-main pun takpe.Cakap je apa yang dia
hendak,gerenti dapat punyalah.Tak macam aku kena mengikat perut jika hendak
membeli sesuatu.Tapi aku tak mengambil kesempatan terhadapnya.
Syakif pun meminta diri untuk ke ofisnya.Dia memberitahu aku yang dia tak
dapat menghantar aku pulang hari ni.Malam nanti Syakif bersama ayahnya hendak
keluar dinner dengan client.Dia
berjanji denganku,selesai segala tugasannya,dia akan segera menghantar mesej
kepadaku.Aku menggangguk tanda faham.Syakif pun hilang dari pandanganku.Lalu
aku meminta izin dari Makcik Timah untuk masuk ke dalam.Sempat lagi Makcik
Timah memesan ku supaya menjaga Syakif elok-elok.Syakif tu baik orangnya.Makcik doakan kamu berdua
bahagia selamanya.Makcik gembira melihat kamu gembira.Aku tersenyum mendengarnya.
Hari yang sungguh memenatkan.Almaklumlah hari isnin,banyak kerja perlu
dibuat.Sedang seronok aku menjalankan kerjaku,Lisa menegurku.
“Amboi !!Fira ..lawa betul cincin kau
tu.berkilau-kilau aku tengok.Dah naik silau dah mata aku ni.Syakif yang
bagi..betul tak?”Lisa cuba meneka.Dia membelek cincin dijariku.Aku rasa dia pun
berkenan dengan cincin aku ni.Aku hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Lisa tu
tadi.Harap dia faham dengan senyuman aku ni.Amar pulak menyampuk perbualan aku
dengan Lisa.
“Bertuah sungguh kau kan Fira….baik hati
Syakif tu kan.Lagipun dia tu memang sesuai sangatlah dengan kau.Macam pinang
dibelah dua.Suka aku tengok.Aku doakan semoga korang berdua ke jinjang pelamin
dan kekal selamanya.Amin….”Amar mendoakan kebahagian aku dan Syakif.Terima
kasih kawan-kawan mendoakan aku bahagia.
Jam
pun sudah menunjukkan pukul 6 petang,masa untuk aku pulang ke rumah.Hari ni aku
balik menggunakan bas.Sebab itu juga lah aku sampai di rumah kira-kira pukul 7
malam.Sejam masa diambil untuk aku sampai ke rumah,wahalnya rumahku dengan
tempat kerja tidaklah jauh mana pun.Kesesakan lalu lintas yang melambatkan
aku.Letih sungguh aku.Hari ini aku tidak masak.Tadi aku singgah pasar malam
untuk membeli makan malam untuk aku dan Saffiya.Tak larat aku hendak
memasak.Sakit badan aku buat kerja siang tadi.Tapi nak buat macam mana …mencari
rezeki yang halal memang kena susah payah sedikit.Aku dah terbiasa dengan semua
itu.Aku seronok sangat dapat merasai bagaimana peritnya mencari duit sendiri
untuk menyara hidup.Dan sebabkan itu juga,aku sangat menghargai duit.Aku tidak
bazirkan untuk membeli barang- yang tidak diperlukan untuk aku mahupun untuk
Saffiya.Duit yang halal memang sukar sedikit untuk mencarinya.
Sudah
pun pukul 11 malam.Aku setia menanti
mesej dari Syakif.Mungkin dia tidak selesai kerjanya.Tidak tenang rasanya jika
tidak menerima mesej darinya.Macam-macam yang aku fikirkan.Semoga dia selamat.5
minit kemudian,handfonku berbunyi
menandakan mesej masuk.Segera aku mencapai telefonku.Aku menekan butang open.Memang betul mesej dari
Syakif.Syakif tidak mungkir janjinya.
Salam…hye
syg..Sy bru je sampai umah ni.Terus sy mesej awk.Rindulah kat awk.
Hati aku berbunga-bunga membaca mesej
dari Syakif.
Wslm
..hye awk…awk bru smpai umah ke?Kesian kt awk..mesti awk penat kan?Emm…sy pun
rindu kt awk…
Aku kadang-kadang malu sendiri membaca
mesej yang aku hantar pada Syakif.Lawak pun ada aku rasa.Ayat jiwang sungguh.Nak
buat macam mana kan,dah adat orang bercinta memang begitu.
Penat
mmg penat..dh keje sy kan..Awk,sy nk mandi ni..lepas tu sy nk tido terus.Sori
tau awk.Kita jumpa esk.Awk pun tido ye.Nite…Luv uJ
Kata keramat itu tidak pernah lupa untuk
dia lafazkan untuk aku.Sudah menjadi kebiasaan dia berkata begitu
denganku.Alangkah bahagianya aku.Aku hendak bersamanya selamanya.
Ok
awk ..sy pun dah nk tido ni ..kita jumpa esk..nite..Luv uJ
Mesej itu sudah pun aku hantar kepada Syakif.Kesian aku melihat
dia.Hendak melayan aku lagi,hendak berkerja lagi.Aku pernah berkata
kepadanya,tidak perlu menghantar aku pulang.Tetapi dia tetap berkeras juga mahu
menghantar aku.Baru tenang hati dia jika dia sendiri yang menghantar aku
pulang.Beruntung aku mendapat seorang lelaki sebaik Syakif Hadi.Kau peliharalah
hubungan kami berdua ini.Amin.Setelah aku set alarm di telefonku.Aku pun
melelapkan mata.Semoga esok menjadi lebih elok dari hari ini.Aku berdoa di dalam hati.
Setahun sudah perhubungan aku bersama Syakif.Dalam tempoh setahun
ini,macam-macam yang telah aku lalui.Pahit manis semua telah aku rasai.Bagi aku
itu semua memang resam orang bercinta.Baru mencabar hidup ini jika diberi
dugaan dan ujian hidup.Perkara-perkara sedemikian akan membuat kita lebih tabah
dan lebih matang.Kami saling memahami antara satu sama lain.Dia perlukan aku
dan aku lagi memerlukan dia dalam hidup aku sekarang ini.Jika kami berselisih
pendapat,dia yang banyak mengalah walaupun kadang-kadang bukan kesalahan
dia.Kesian juga aku tengok dia selalu megalah dengan aku,aku selalu
membulinya.Tapi sedikit pun dia tidak mengambil hati.Susah rasanya hendak
berjumpa dengan lelaki seperti Syakif ini pada zaman sekarang ini.Aku tergolong
di dalam orang yang bertuah kerana berjaya memiliki dia.
Dalam tempoh ini juga lah,kami dapat mengenali hati budi
masing-masing.Banyak perkara tentang aku yang Syakif tahu.Aku pun dapat
mengetahui tentang personal life Syakif.Dia merupakan anak kedua dari tiga
beradik.Anak lelaki tunggal dalam keluarganya.Dia juga mempunyai seorang kakak
dan seorang adik perempuan.Keluarganya dari golongan orang berada dan mempunyai
sebuah syarikat sendiri.Dan Syakif
berkerja di syarikat keluarga bersama ayahnya.Aku sudah mengenali
keluarganya.Boleh dikatakan setiap bulan aku akan ke rumahnya.Papa dan mamanya
amat baik sekali terhadap aku dan Saffiya.Kakak dan adik perempuannya pun
begitu.Aku dan Saffiya selesa bersama dengan keluarga Syakif.Mereka juga telah
menganggap aku dan adikku seperti keluarga mereka sendiri.Mereka amat mengambil
berat akan kebajikan kami berdua.Kadang kala aku sendiri segan dengan
mereka.Mereka terlalu baik denganku.
Berbalik kepada cerita tentang diriku.Syakif juga tahu yang aku mempunyai sebuah impian
yang besar.Aku bermimpi hendak memiliki sebuah kedai kek sendiri.Mempunyai
pekerja sendiri.Tetapi semua impian aku ini memerlukan modal yang amat
besar.Disebabkan itu juga aku terpaksa melupakannya terus.Mana aku hendak
mencari duit sebanyak itu.Hendak membuat pinjaman di bank,gerenti tidak lulus
kerana aku tidak mempunyai harta untuk dicagarkan.Hendak mengumpul wang
sendiri,berjanggutlah jawabnya.Dengan gaji aku yang cukup-cukup makan ini,lama
lagi terpaksa aku menunggu.Impian aku ini terpaksa aku kuburkan saja.
Ada satu hari tu,Syakif menyatakan
hasratnya untuk menolongku.Dia hendak impian aku itu menjadi kenyataan.Tapi aku
menolak pertolongan itu dengan cara yang baik.Aku tak nak menyusahkannya.Aku
juga tak nak termakan budinya.Bukannya sikit wang yang diperlukan untuk membuka
sebuah kedai kek,mahu makan ratusan ribu.Nanti tidak termampu aku hendak
membayarnya kembali.Syakif dan keluarganya telah menjagaku dengan baik sudah
cukup buat aku.Aku bersyukur sangat-sangat dengan perhatian keluarganya.Aku tak
nak menyusahkan keluarganya lagi.Papa Syakif pun sudi menolong aku juga.Papanya
berkata tidak salah jika seorang ayah hendak menolong anaknya.Serba salah aku
dibuatnya.
Hari
ini hari minggu.Aku bercuti.Keluarga Syakif menjemput aku dan Saffiya datang ke
rumahnya.Untuk makan tengahari katanya.Dalam pukul 12 tengahari,Syakif datang
menjemput kami berdua.Perjalanan ke rumahnya mengambil masa selama 30
minit.Sesampainya kami di sana,papa dan mamanya telah berada di muka pintu
untuk menjemputku.Aku dan adikku menyalami papa dan mama Syakif.Tetapi hari ini
aku berasa sungguh berbeza sekali.Hatiku berdebar-debar. Tidak tahu kenapa.
Aku bukannya baru pertama kali datang ke rumahnya bahkan sudah
berkali-kali aku ke rumahnya.Aku teringat kembali kata-kata Syakif semasa
berada di dalam kereta.Syakif memberitahu aku yang papanya hendak membincangkan
sesuatu denganku.Apa perkaranya tidak pulak Syakif memberitahuku.Syakif hanya tersenyum di saat aku menanyanya.Itu
telah membuat aku tertanya-tanya.Kakak dan adiknya turut ada.Setelah menanya
perkhabaran masing-masing,aku mengikut mamanya ke dapur.Aku hendak menolong apa
yang patut.Rupa-rupanya segala telah siap disediakan.Tulah aku datang lambat
lagi,tak dapat nak tolong apa-apa.Tanpa aku melengah-lengahkan masa aku
membancur air dan terus ke meja makan.
Papa Syakir memanggil kami semua ke meja makan untuk makan bersama.Nanti
nasi dan lauk sudah sejuk tidak enak untuk di makan.Selera sungguh aku hari
ini.Mana taknya mama Syakif masak lauk
kegemaran aku iaitu ikan tenggiri asam pedas.Hingga menjilat jari aku makan
hari ini.Mak mentua ada kat sebelah pun tak sedar dibuatnya.Tersenyum aku di
dalam hati.Ulam-ulaman dan sambal belacan pun ada sekali.Aku menjeling ke arah
Saffiya,dia pun selera juga.Bukan selalu pun kami makan sesedap ini.rezeki
jangan ditolakkan.
Selesai kami makan,aku membantu mama dan
kakak Syakif mengemas meja dan
membersihkan dapur.Sesudah selesai sagalanya,papa Syakif memanggil aku ke ruang
tamu ada perkara yang hendak di bincang katanya.Aku tertanya-tanya perkara apa
yang hendak dibincang itu.Dengan otak yang penuh tanda tanya aku melangkah ke
ruang tamu.Aku duduk di sofa menghadap papa Syakif.Berdabar rasa hati aku
ini.Lalu papa Syakif memulakan bicaranya.
“Pakcik dengar Fira ni kalau buat kek
sedap sungguh.Lagi-lagi kalau kek chocolate cheese.Betul ke ?”
Dengan tersipu-sipu malu aku mengangguk.
“Syakif
ada juga bagi tahu pakcik yang Fira nak buka kedai kek sendiri tapi
kekurangan modal.”
Dengan pantas aku memandang Syakif .Aku megerut dahi meminta perjelasan
dari Syakif.Kenapalah dia menceritakan perkara ini pada papanya.Tidak boleh
simpan rahsialah dia ini.Aku hanya mampu tersenyum pada papanya.Malu punya
pasal.
“Takdelah pakcik angan-angan kosong je tu”jawabku.
“Kadang-kadang dari
angan-anganlah,segala impian akan jadi nyata”papanya membidas percakapanku.Ada
benar juga apa yang dikatanya.Aku setuju sekali.Tapi apa gunanya segala
angan-angan dan impian kalau tiada duit di tangan.Duit adalah
permulaan.Berkataku hanya di dalam hati.Tidak berani aku untuk menyuarakan
pendapat.
Tiba-tiba
papa Syakif menghulurkan aku sebuah fail.Dia menyuruh aku membaca isi kandungan
fail itu.Aku membuka fail itu dengan penuh hati-hati.Sehelai kertas ditarik
keluar dan aku membacanya.
Melopong
aku membaca intipati kertas itu.Sungguh aku tidak percaya.Benarkah semua
ini?Kenapa mereka membuat aku begini?Macam-macam persoalan bermain di fikiran
aku sekarang ini.Terdiam aku seribu bahasa.Tidak boleh berkata apa-apa lagi.
Sebenarnya papa Syakif telah menghadiahkan aku sebuah perniagaan dan
lebih mengembirakan hati aku perniagaan tersebut adalah sebuah kedai kek.Tanpa
aku sedari aku menitiskan airmata.Aku sebak kerana terlalu besar pertolongan
ini dan ada juga orang sebaik mereka di dunia ini lagi.Tak terbalas jasa
mereka.Hanya tuhan yang dapat membalas jasa-jasa mereka ini.Saffiya terkejut
melihat aku menangis lalu mengambil kertas yang berada di tanganku dan
membacanya.Selepas seketika Saffiya memeluk aku dan dia juga turut
menangis.Kami saling berpelukkan.Saffiya mengerti perasaan aku.Impian aku
mungkin akan menjadi kenyataan.Aku mulakan bicara.
“Tapi pakcik saya tak dapat nak terima
semua ini.Sudah banyak pakcik sekeluarga menolong saya selama ni.Ini terlampau
besar nilainya buat saya.Saya bersyukur sangat-sangat pakcik dah banyak bantu
saya dan Saffiya.Tak dapat saya nak balas semua tu.Semua tu saya tak boleh
bayar dengan wang ringgit.Sebabnya memang saya tak mampu.Inikan pula pakcik nak
saya terima semua ini.Saya tak boleh pakcik..”kataku sambil menangis sebak.
“Pakcik tak minta pun kamu bayar semua
ini.Pakcik sekeluarga ikhlas bantu kamu berdua ni.Pakcik dan makcik dah anggap
kamu dengan Saffiya macam anak kami sendiri.Tak salahkan seorang ayah menolong
anaknya sendiri.Kalau kamu juga dah anggap family
pakcik ni macam family kamu
sendiri jadi kamu kena terima juga.Tu saja pakcik minta dari kamu.Kalau kamu
dah setuju,kamu baca dokumen tu elok-elok lepas tu tandatangan dokumen tu..”Kata
papa Syakif dengan seriusnya padaku.
Dengan berat hati,aku membaca dokumen
itu sehelai demi sehelai .Setelah selesai aku membacanya,aku memulakan bicara
berkembali.
“Terlebih dahulu saya nak ucapkan jutaan
terima kasih pada pakcik sekeluarga.Memang saya dan Saffiya dah menganggap
pakcik dan makcik macam mak dan ayah kami sendiri.Kami bertuah bertuah sekali
dapat kenal dengan family Syakif
ni.Dengan berbesar hati saya terima semua ni”.
Papa Syakif tersenyum lega.Aku memandang
Syakif yang berada disebelah papanya.Dia
pun tersenyum melihat kami.Lantas Syakif menghulurkan aku sebatang pen untuk
menandatangani dokumen ini.
“Fira,kolum untuk nama kedai kek kamu tu
belum diisi lagi.Sebabnya Syakif ada bagi tahu pakcik yang kamu dah ada nama
untuk kedai kamu tu ..jadi pakcik sengaja biarkannya kosong.Biar kamu sendiri
yang isikan.”
Memang betul kolum untuk nama kedai kek
aku ini belum diisi lagi.Aku buat-buat tanya kepada Syakif.
“Awak..apa nama kedai kek saya tu
ek?Tiba-tiba saya hilang ingatan lah pula ni.”Aku sengaja menyakat Syakif.
“Awak ni memang tak ingat ke ataupun
awak nak test saya ni.Sugarland
Bakery lah…Cik Syafira oiii ..”
Aku tergelak.
“Saya saja nak sakat awak ”
Semua
yang berada disitu tergelak melihat gelagat kami berdua.Aku berasa sangat
gembira hari ini dan bersyukur kepada Mu.Kerana telah memakbulkan doaku selama
ini.
Hari ini aku berada dalam suasana yang baru.Aku berada di kedai kekku
sendiri.SUGARLAND BAKERY nama diberi.Impian ingin memiliki perniagaan sendiri
kini telah menjadi nyata.
Sebulan lebih diperlukan untuk mengubahsuai kedai aku ini mengikut
kehendak aku.Aku berpuas hati dengan hasil kerja mereka.Konsepnya simple but nice.Secara keseluruhan kedai aku ini berwarna pink,warna kegemaran aku sendiri.Sesuai
sungguh dengan konsepnya,nama kedai yang comel dan yang paling penting tuan
kedai pun comel jugakan.
Tanggal 10 September merupakan tarikh
yang sungguh bermakna buat aku.Tarikh ini juga merupakan tarikh kelahiran aku
sendiri.Sengaja aku mengambil tarikh ini supaya senang untuk aku mengingatinya
nanti.Aku juga mengambil keberkatan hari jumaat itu sendiri untuk merasmikan
kedai kek aku ini.
Majlis
perasmian ini berlangsung selepas solat jumaat.Ianya dirasmikan oleh papa
Syakif sendiri.Aku yang mahukan papanya merasmikan kedai aku ini.Aku memberi
penghormatan kepadanya.Ramai sungguh tetamu yang hadir pada majlis aku ini.Dari
jauh aku melihat Amar dan Lisa .Dua orang kawan aku yang sentiasa disamping aku
dikala senang ataupun susah dan selalu menyokong impian aku ini.Aku sangat
berterima kasih pada mereka.Cik Dahlia juga tidak ketinggalan menghadirkan diri
walaupun sibuk dengan bisnes sendiri.Orang
yang selalu menasihati aku selama ini pun turut menghadirkan diri iaitu Makcik
Timah.Mereka semua ini adalah semangat aku selama ini.Aku sangat gembira sekali
kerana dikelilingi orang-orang yang menyayangi aku.
Tiba-tiba
aku dikejutkan dengan nyanyi “Happy
Birthday”.Kelihatan Syakif sedang memegang sebiji kek dan kek itu adalah Chocolate Cheese Cake.Aku terharu sekali
mendapat kejutan sedemokian rupa.Saffiya
sempat juga membisik kepadaku memberitahu bahawa kek itu dibuat oleh
Syakif.Tak sangka aku yang Syakif
bersusah payah memasak kek khas untuk aku.Bertambah-tambahlah terharu
aku ini.
Kek
itu diletakkan di hadapan aku dan Syakif menyalakan lilin yang sudah dicucuk
atas kek itu.Dengan serta merta semua tetamu menyanyikan lagu “Happy Birthday”buatku.Aku tidak tahu
hendak berkata apa.Mereka begitu menyayangi aku.Aku senang sekali diperlakukan
begini.Sebelum aku meniup lilin,kedengaran tetamu berteriak …
“Make a wish”
Aku pejamkan mata dan berdoa pada Maha
Esa …..
“Terima kasih Ya Allah.Kau telah
bahagiakan aku arini.Kau telah tunaikan segala impianku.Kau turunkan
kepadaku,orang-orang yang nengambil berat tentang aku dan Saffiya.Orang-orang
yang menyayangiku.Memang Kau sudah mengambil dari kami berdua,orang yang paling
kami sayang iaitu mak dan ayah.Tetapi Kau dah berikan kepada kami lebih dari 2
orang yang menyayangi kami.Aku bersyukur sangat-sangat kepadaMU dan jika Syakif
itu jodoh yang terbaik buatku,Kau berkatilah hubungan kami berdua.Kau
kekalkanlah jodoh kami selamanya.Hanya ajalMu sahaja yang dapat pisahkan
kami.Aku juga berdoa kepadaMu berikan kesihatan yang baik dan berkatilah
kehidupan kami semua selama berada di bumiMu ini.”
Lantas aku meniup lilin itu.Aku memotong kek lalu disuapkan ke mulut
Syakif.Sekarang baru aku sedar yang aku amat menyayangi dia.Begitu juga dia.
Sesudah majlis itu selesai,semua tetamu beransur pulang.Aku tidak
putus-putus diucapkan tahniah dan selamat berjaya oleh mereka yang hadir.Aku
sangat berpuas hati dengan majlis hari ini.Dengan rasminya hari ini aku telah
menjadi seorang usahawan.Semoga perniagaan aku ini berjaya.
Aku yang keletihan mencari kerusi yang kosong untuk melepaskan penat
sebentar.Syakif menghampiri aku dan dia duduk di sebelahku.Dengan tersenyum aku
berkata kepadanya.
“Terima kasih sungguh…awak dah buat
semua ni untuk saya.Awak buatkan surprise
birthday party untuk saya dan saya tak sangka sungguh awak buat sendiri kek
tu.Saya hargai sangat-sangat”.
“Sama-sama sayang.Saya ikhlas buat semua
ni untuk awak.Lagipun apalah sangat semua ni.Kalau untuk awak saya sanggup buat
apa saja.Cakap pasal kek tu tadi..saya nak tanya awak ni sedap tak kek tu?Penat
tau saya buat kek tu tak tido malam saya dibuatnya”.kata Syakif membuat muka
kesiannya itu.
“Mestilah sedap.Lagi-lagi awak yang buat
bertambah sedaplah kek tu kan.Dah pandai buat kek kan nanti bolehlah apply
kerja kat sini ye.Nampaknya nanti saya jadi chef no.2 lah kat sini sebabnya kek
awak lagi sedap lagi kek saya”.Aku menarik muka masam.Aku pura-pura merajuk.
“Tapi awak tetap menjadi no.1 dalam
hidup saya dan dalam hati saya”.Syakif memujukku.
“Saya tak jadi no.1 dalam hidup awak
lah”.Aku sengaja memeningkan Syakif.
“Kenapa pula?”Syakif menyoalku tanda
kehairanan.
“Sebabnya kalau ada no.1,mesti nanti ada
no.2,no.3 dan no.4.Saya tak jadi macam tu.Tak sanggup saya tau”.
Dengan pantas Syakif memegang tanganku
dan berkata.
“Awak akan menjadi yang utama dalam
hidup saya dan satu-satunya wanita dihati saya.Saya janji yang saya takkan
sia-siakan awak.Selagi saya terdaya,awak akan saya jaga sebaik mungkin.Awak
kena ingat itu”.
Aku pegang janji-janjinya itu.Aku
percayakan dia.Aku tahu dia sungguh-sungguh denganku.Aku juga berjanji
dengannya.
“Saya juga berjanji yang awak akan
sentiasa saya sayang dan awak juga akan menjadi kewajipan bagi saya.Saya akan
berusaha menjadi yang terbaik di mata awak”.
Di Sugarland Bakery inilah menjadi saksi perjanjian kami berdua.Semoga
segala perjanjian kami ini mendapat restu dariMu.Sugarland Bakery ini akan
menjadi permulaan hidup yang baru buat aku.Aku akan mengusahakan perniagaan ini
sebaiknya.Jika diberikan rezeki yang lebih,aku bercadang untuk membuka lagi
satu cawangan di tempat lain.Satu lagi impianku.Bukan impian yang kosong tapi
impian yang disertakan dengan usaha pasti berjaya.
Tiga bulan dari sekarang,aku akan
menjadi isteri kepada Syakif Hadi yang sah.Segala persiapan perkhawinan kami
dibuat sedikit demi sedikit.Bakal mak mentua aku adalah orang yang paling sibuk
sekali menguruskan semuanya.Dia berkata majlis ini harus dilangsungkan secara
besar-besaran kerana Syakif satu-satunya anak lelakinya dan aku satu-satunya
menantu dalam keluarga mereka.Aku dan Syakif mengikut sahaja perancangan yang
telah diaturkan.Semoga majlis kami itu nanti akan berjalan dengan lancar dan
dipermudahkan olehMu.
“Ya
Allah,Kau jadikanlah keluarga kami sebuah keluarga yang sakinah dan dikurniakan
anak-anak yang soleh dan soleha.Aku memohon keberkatan dariMu.Aku yakin dan
redha dengan ketentuanMu dan takdirMu.Aku terima semua ini dengan hati yang
ikhlas.Dan jadikan jodoh kami ini selamanya bersama”.
Terima kasih
Ya Allah !!!
No comments:
Post a Comment